Tolong bawa aku lari asalkan bukan ke Lombok

Friday, December 31, 2010

 Supaya aku tak perlu kembali ke asrama.Itu saja

Read more...

Saja mahu mencabar minda aku

Thursday, December 30, 2010

Adik saudara : Alang minat bola ke?

Aku : Minat ke?(untuk menjawab soalan daripada budak kecik,pemikiran aku harus tajam dan jawapan aku perlu tepat.Mungkin dia nak kata daripada alang minat bola lebih baik alang mengaji)

Adik saudara : Yelah...alang minat ke?

Aku : Mana ada...alang saja je tengok..cerita lain semua bosan la

Adik saudara : Tu alang tengok tu...kalau tak minat tak payahlah tengok

Aku : (Terdiam sejenak.aik!sukati la.Aku fikir jawapan apa yang terbaik yang boleh aku bagi kat dia supaya dia tak tanya lagi). 'Elllleh.Tu aishah tengok alang tu maksudnya aishah minat alang la..aiyok!cakap umi..aishah minat perempuan.'

Adik saudara : Eiiii...alang ni..main tuduh je

Aku : (buat muka).'tu la..lain kali jangan sibuk'.

Read more...

Salam satu Malaysia

Wednesday, December 29, 2010

Ya.

Kau tak perlu hairan.Ini memang pertama kali aku ucapkan satu malaysia kepada semua.

Dan aku kini  berbangga kerana dilahirkan di Malaysia dan semakin bersemangat lagi untuk menyanyikan lagu Negaraku.Ini semua kerana jasa Harimau Malaya


eh eh!salah salah...skuad harimau malaya(nama nak garang je..semua sebut auww ramai ramai okkay)


Dengan berbekalkan kejayaan 4-2,semangat cintakan tanah airku telah dikembalikan.Tahniah dan terima kasih.Kini aku tak segan lagi untuk memakai baju 'i heart malaysia'.

p/s-
Markus si pemain Indonesia sepatutnya berbangga kerana terkena sinaran laser daripada otromen dan oh!apakata sekiranya dia beralih arah saja kerjayanya daripada pemain bola kepada pelakon sinetron tv3 .Kan lebih terkenal begitu?

Read more...

Aku mahu ucapkan ini kepada uoll


Semoga kau dan aku akan berubah ke arah lebih baik okkay!

p/s-Aku yakin mesti ada sesi jejak kasih di asrama hari ahad nanti.Dan musolla pasti akan hingar bingar dengan bukan bunyi orang mengaji tapi bunyi orang borak.

Read more...

Aku bukan mahu buat pembedahan plastik.

Saturday, December 25, 2010

Aku sekarang gusar

terlalu gusar

Sehingga aku ingin buat pembedahan.Tapi aku bukan nak buat pembedahan plastik supaya dapat jadi seperti Pian cecupak.Itu bukan kemahuan aku.

Aku cuma mahu buat pembedahan untuk memasukkan ilmu di dada agar selari dengan pepatah arab,"ilmu di dalam dada,bukan pada buku".

Bukankah lebih senang begitu!..aku tak perlu beli buku revision mahupun membuat pinjaman buku teks sebab semua ilmu sudah penuh di dada aku

Read more...

Selangkah menuju ke alam kubur

Friday, December 17, 2010

cikucak!

Perkenalkan.Nabilah Mohd Noor.Angah aku yang sedang menghafal al-quran.eh eh!salah pulak..yang study kat uia dan ambil irk(kan?).

Happy Birthday,Angah!
Semoga dipanjangkan umur dalam kedaan yang beriman,sihat dan murah rezeki.May Allah continue to bless your life and give you the desires of your heart

p/s-memandangkan orang dah buat satu entri khas untuk awak,hadiah birthday tak payah nak tuntut okkkay

Read more...

Arnab di bawah ini menjengkelkan

Tuesday, December 14, 2010

Yasmin kata ada award untuk aku..aku ingat dapat hadiah berupa kereta..rupanya ini award yang dimaksudkan

dan tak semena mena yasmin tag aku

mari..
Rabbit 3Siapa Yang Bagi Award Ini ?
Rabbit 3Apa Komen Anda Terhadap Blog Yang Memberi Award Ini
oh!dekat belah bawah kiri blog dia ada seekor kambing.Apasal kambing itu tidak dikorbankan?

Rabbit 3Blog Yang Selalu Anda Singgah ?
blog yang aku list di sebelah kanan
Rabbit 3Ayat Yang Selalu Anda Tinggalkan Di Shout Mix Orang 
Ayat yang berunsurkan dusta
Rabbit 3Tagkan Kepada Lima Blogger Lain
 Aku tag lima blogger lain yang mempunyai masa lapang

Read more...

syabas mere bette!

Tahniah sebab

  • Kena balik asrama dua hari lebih awal
  • dapat ahli dorm baik baik punya.hei hei!
  • dorm disusun mengikut firqah.
  • dorm kawan kawan aku jauh
  • buku chemist tertinggal dekat sekolah
  • semua yang aku harap,semua tak dapat
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa

(Senyum - Malique ft Najwa)
_______________________________
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah 2/216)

p/s-Allah knows best.It is just Allah's way to make my my spirit strong and change me to be a better person.
Sekali lagi aku sebarkan qoute kau fitchrah.kau sepatutnya berbangga dan menghadiahkan aku sesuatu sebagai tanda penghargaan

Read more...

menci menci menci!

Monday, December 13, 2010


Tadi aku tengok kalendar.Tiba tiba rasa takut.Kau tengoklah tu.

Read more...

Aku direktor..action!

Drama/Filem Melayu

1.80 peratus jalan cerita wajib berkisar tentang:
i-cinta
ii-cinta 3 segi
iii-cinta bersegi-segi
iv-Kalau keluarga kaya,anak2 konfem rebut siapa nak gantikan Tan Sri(ayah mereka) untuk jadi CEO atau pengerusi.
v-Anak anak rebut harta pusaka
2.Walaupun cerita pasal awek kilang,rumah awek kilang ni mesti complete furnished.Ada TV 50'',home teater,peti sejuk besar dengan set sofa mewah
3. Cerita polis pulak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil,selak- selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ".
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir atau adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim.
9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.


Drama/Filem Indonesia

1.Episod dia mesti beratus-ratus mungkin mencecah seribu dan memakan masa berbulan.
2.Ada nenek sihir,haiwan yang boleh bercakap,kuasa ajaib
3.Kalau adegan marah atau terkejut,mulut mesti ternganga.
4.Heroin perlu nampak pathetic,miskin,kena tanggung keluarga.
5.Nanti ada orang jeles dan cuba nak hancurkan percintaan antara hero dan heroin tu.
6.Kalau ada anak,nanti anak tu mesti jadi bahan rebutan


Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terel boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.
2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping atau 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.
3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.
4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu atau dekat kaki. Tak mati.
5. Heroin mesti jadi bini atau girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.
6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. hei hei!
7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.
8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh.
9. Kalau cerita lucu pulak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.
10. Kalau terbang2 pijak daun,daun pon x bergerak.fuyoh gile!

Drama/Filem India/Hindustan.

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak habis cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.
2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya diorang suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.
4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.
5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.
6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.
7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.
8. Adegan keretapi tak boleh tertinggal. Joget seramai mungkin sampai atas bumbung keretapi.
9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla.. ..bla.... bla...'.
11. Ini yang paling penting ( kena highlight tuh ).adegan tari menari ke,dush2 bertumbuk ke..kalo buat kat malaysia,tggu lah lps tuh bole dapat anugerah DATUK!wa x tipu dow!sahrulkhan dah pon berjaya.

Drama/Filem Korea mahupun Jepon

1.Baik pelakon lelaki mahupun perempuan,mesti cantik dan hensem belaka
2.Hero kena nampak arrogant dan heroin mesti lurus bendul biar nampak lebih sweet
3.Hero mesti kaya gila dan hero mesti ada awek lama sebab nanti awek lama akan bergaduh dengan heroin
4.Untuk panjangkan cerita lagi,mesti ada sorang lelaki yang suka heroin tu.Nanti hero jeles lepastu cuba nak dapatkan balik heroin.

*************************************************
p/s:Kalau plot dan jalan cerita dah boleh baca apa penyudahnya. Itu yang aku konfius tu, ramai pulak yang tunggu sampai habis.Konon nak tahu ending apa,padahal dah boleh agak.

Read more...

Kejadian aneh

Saturday, December 11, 2010


Kenapa nama tempat tu mambang di awan..aku konfius

Read more...

Mari aku jaga tepi kain kau

Thursday, December 9, 2010


Perlu ke tidak jaga tepi kain?

Aku bagi kau satu anologi

Kau ada sorang jiran perempuan dan kau tau yang dia tu anak tunggal.Suatu hari,jiran kau bawa sorang lelaki masuk rumah dia.

apa yang kau akan buat:

(a)buat tak tau.Taknak masuk campur sebab takut nanti jiran kau kata yang kau suka jaga tepi kain orang.

(b)bersangka baik.Mungkin lelaki tu abang jiran kau tapi perempuan tu tak nak bagitau kat kau yang dia ada abang sebab takut kau ngorat abang dia

Dekat sini kita dah boleh tengok betapa pentingnya jaga tepi kain tu.Kalau tak ada sesiapa yang nak jaga tepi kain orang,siapa yang akan cegah maksiat?siapa yang akan cegah kemungkaran?

Tapi sesetangah orang salah cara.Dia bukan setakat jaga tepi kain tapi masuk sekali dalam kain sampai nampak semua aib orang.Semua yang orang buat,semua dia nak sibuk.

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran

p/s:sama jela konsep jaga tepi kain dengan ambil berat

Read more...

Kegemaran gadis zaman sekarang

Saturday, December 4, 2010

Kebelakangan ini aku memang sibuk.

Sibuk bermain moshimonster supaya aku dapat naik level dan kalahkan adik saudara aku yang lain.

Untuk menambah lebih semangat,setiap hari aku akan bangun awal supaya aku dapat kumpul duit banyak2 dan naik level.Aku khuatir diorang dapat kalahkan aku.Jadi aku perlu rancang strategi.

Tolong beritahu aku beberapa strategi
*
*
*
*
*
Ah..aku bukan nak bincang tentang itu sebenarnya.

Kebelakangan ini aku tengok banyak gadis yang terlalu fanatik pada artis jepun mahupun korea..apsal?.aku tak pon.Aku tak kata aku bukan gadis..aku pun gadis..cuma kadang kadang aku terfikir.

Kenapa tak ade orang minat artis afrika,india ke mahupun nigeria...kenapa Jepun atau korea menjadi pilihan.

Aku sekarang dalam dilema

Memikirkan sehingga ada yang sanggup berhabis duit membeli tiket konsert mereka.Tapi bila ada orang minta sedekah nak duit,banyak alasan yang korang bagi.."takde duit keciklah","duit ni cukup cukup je untuk aku".

Kalau aku,baik aku gunakan duit tu untuk bayar jadi member moshimonster

Itu saja yang aku nak cakap sebenarnya.

Siapa yang nak nak support duit untuk aku supaya aku boleh jadi member?

Read more...

Berjalan dengan rasa hampa apabila kesedaran masih tak muncul

Read more...

sahut cabaran

Friday, December 3, 2010

Cabaran untuk buat tag oleh munirah hanum

Oh ya,terima kasih la mun.Aku tarak hal la buat tag-tag ni selagi ia tak melibatkan soalan fizik atau matematik tambahan.

Mari.

1)Benda paling penting dalam hidup korang
Ntahlah wei..macam banyak je

2)Dua benda terakhir yang korang beli pakai duit sendiri
Karipap dengan aiskrim 20sen

3)Di mana korang ingin melansungkan perkahwinan korang nanti dan temanya
Mana mana pun boleh.Yang penting aku kahwin.titik


4)Adakah korang sedang bercinta sekarang
Kau rasa ya ke tak?

5)Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang
Siapa kata aku ada kekasih

6)Di mana korang selalu jumpa kekasih orang
Sekali lagi aku tanya kat kau..siapa kata aku ada kekasih

7)Buku/majalah/novel yang korang beli
Buku teks Sejarah form 4.sebab hilang.sebab tak pulangkan lagi dekat SPBT.sebab ada orang pinjam tapi tak pulangkan balik

8)Apa nama penuh korang
Cuba tengok dekat belakang buku teks aku ada ke tak.aku rasa aku dah tulis.kalau takde bagitau aku nanti aku tulis balik.

9)Antara mak dan ayah mana korang lagi mesra
Kalau aku kata mak kau nak buat apa?

10)Adakah korang basuh baju korang sendiri
Tengoklah.kalau baju sekolah ye la kot sebab ada kotoran degil yang keras kepala.

11)Di mana tempat yang korang betul betul nak pergi
Apsal kau banyak tanya?

12)Pilih satu peluk atau cium
Salam

13)Beritahu tiga benda orang yang tag korang
Nama dia munirah
Dia tag aku
Dia ada blog

14)Lima benda yang korang sayang dalam hidup
Kalau bagi sepuluh benda boleh tak?

15)Lima lagu yang korang suka and selalu dengar
Tepuk amai amai.itu je yang aku suka.Jadi aku tak boleh bagi lima

16)Bilakah tarikh lahir korang dan dekat mana korang sambut last year
2/10/1994.Ingat betul betul tarikh ni supaya kau boleh belikan hadiah untuk aku nanti.sambut dekat rumah.

17)Lima blogger yang korang nak tag
Aku tag sesiapa yang ada banyak masa lapang

18)Cerita sikit tentang orang pertama yang korang tag.
Aku tak tau sesiapa tu siapa

Read more...

silakan baca..kalau tak nampak maknanya anda rabun



My child,
when I get old,
i hope u understand and have patient with me..
In case I break a plate or spill soup on the table becuase I'm loosing my eyesight
I hope you don't yell at me...
older people are SENSITIVE
..always having selfpity when you yell
When my hearing gets worse and I cant hear what you're saying
I hope you don't call me Deaf!
please repeat what you said or write it down
Im sorry my child,
...Im getting older
When my knees get weaker,I hope you get the patience to help me get up
Like how I used to help you while you were little
..learning how to walk
please bear with me
When I keep repeating my self like a broken record,
I hope you just keep listening to me
Please don't make fun of me
or get sick of listening to me..
Do you remeber when you were little and you wanted a ballon?
you repeated yourself over and over until you got what you wanted
..Please also pardon myself
I smile like an old person
please don't force me to shower,
my body is weak
Old people get sick easily when there're cold
I hope I don't gross you out
Do you remember when you were little?
I used to chase you around because you didnt want to shower
I hope you can be patient with me
when Im always cranky
It's all part of getting old.
You'll understand when you're older
and if you have spare time
I hope we can talk,even for a few minutes
I'm always all by my self  all the time
and have no one to talk to
I know you're busy with work
even you're not interested in my stories,
please have time for me
Do you remember when you were little?
I used to listen to your stories about your teddy bear
when the times come and i get ill and bedridden
I hope you have to patience to take care of me
during the last moments of my life
I'm not going to last much longer,anyway...
When the times of my death comes
I hope you hold my hand
and give me the strength to face death
and don't worry...
when I finally meet our creator
I will whisper in his ear
to BLESS you
because you loved your mom 
thank you so much for your care..



Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?

Jahimah menjawab: “Ya.

Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]


Read more...

Umur bukan satu halangan

Tuesday, November 30, 2010

Sekarang aku sudah ada hobi masa lapang.Mungkin ini lebih bermakna daripada menonton cerita lagenda indonesia pukol 3.30 ataupun cerita putera katak..ntah apa apa.


Game ni tak susah ye abang kakak.Abang kakak cuma perlu adopt monster tersebut.


Okkay abang kakak...ini adalah monster peliharaan aku.Nama dia Kim.
____________________________

p/s:Al-fatihah kepada tok nenek saudara aku yang telah meninggal dunia 6.45 pagi tadi.Semoga dia dijauhkan daripada azab kubur dan api neraka serta digolongkan dalam tempat tempat orang yang beriman.Amin

Read more...

Sila khabarkan kepada aku

Saturday, November 27, 2010

sesiapa sahaja yang kau rasakan dia sempurna.


oh..gambar di atas tak ade kena mengena .aku bukan nak bincangkan tentang itu..

************************************

Tak semua budak sekolah agama sudah perfect tentang ilmu agama dan tak semua budak sekolah kebangsaan cetek tentang ilmu agama.

Aku pelajar sekolah agama pun masih belajar tentang agama.Sebab tu aku pergi sekolah.Jangan fikir budak sekolah agama terlalu baik sehingga tak pernah melakukan dosa.Oh,itu tipu!..aku manusia biasa,aku buat dosa jugak.

Kalau aku sempurna sudah pasti muka aku cantik seperti Lisa Surihani dan suara lunak seperti Siti Nurhaliza.kan?

p/s:kadang kadang aku terfikir macam mana artis yang bajet cantik control ayu tu korek hidung ke,kentut ke..mesti lawak gila kan!

Read more...

Tahniah kepada diri sendiri

Thursday, November 25, 2010

kerana kau dah macam katak kena lenyek dengan kereta.bukan lagi bawah tempurung..


setelah dua minggu hidup tanpa matlamat kat rumah..bersenang lenang tanpa batasan..oh!baru tau banyak homework sebenarnya...
p/s:mungkin ini salah satu keburukan tiada facebook sebab tak ada sesiapa yang boleh ingatkan..betul ke?

Read more...

Dan pemenangnya jatuh kepada

Monday, November 22, 2010

3 orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.


Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.
Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,


“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuashati,


lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.


Dan dia berkata


“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.


Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum.


Dia menjawab


“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”


Perempuan itu adalah Lebanon.
Lelaki pertama ialah Israel.
Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

****************************************************

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه  و ذلك أضعف الإيمان

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". [Di riwayatkan oleh Imam Muslim]

Read more...

Tiket percuma untuk anda

sama ada mahu ke syurga atau neraka

siapa dekat sini nak masuk syurga angkat tangan!

sah sah lah semua angkat tangan ..yela siapa yang tak nak masuk syurga kan!..hatta orang kafir pun kalau ditanya mesti diorang akan jawab paradise..

tapi cuba kalau aku tanya siapa dekat sini yang memang betul betul lakukan perintah Allah dan tinggalkan apa yang dilarang.

konfem mesti tak semua yang berani angkat tangan...

fitrah manusia sejahat mana pun kau mesti kau tak nak diseksa kan..mesti kau nak ganjaran yang baik baik kan dan sebaik mana pun kau mesti kau pernah buat dosa sebab kau bukannya nabi yang bersifat maksum

cuba bayangkan yang korang dah cipta sebuah robot..sehebat hebat robot...tapi akhirnya robot tu khianati kau..buat jahat dekat kau..tak nak dengar cakap kau........korang nak ke buat baik dekat dia??

Samalah macam kita..Allah ciptakan kita sebaik baik kejadian tapi masih ada lagi yang syirik,buat apa yang dilarang,minum arak bagai...tapi Allah masih berikan kita nikmat..dia bagi dan langsung tak mengungkit..

tapi segelintir manusia tak sedar semua tu..yang diorang tahu enjoy sementara usia masih muda sebab bila dah masuk umur 40 nanti barulah bertaubat..tapi kalau kau mati sebelum 40 bila masa nak bertaubat?

meh aku tunjuk sebahagian daripada tanda2 kiamat

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

see..memang sudah terang lagi bersuluh..tak payah suluh suluh pun aku rasa korang boleh nampak sendiri kan...

[42]Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[43]Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[44]Serta naungan dari asap hitam,
[45]Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[46]Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[47]Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
*surah al-waqiah*
When we die, we leave behind us all we have and take with us all we are.

Read more...

entri tanpa tajuk

Saturday, November 20, 2010


sungguh aku rasa ia menjengkelkan

1) Bilemane aku bukak apa-apa sahaja laman sesawang yang membolehkan seseorang memuat turun gambarnya,kemudian aku nampak gambar orang tu betul-betul dekat dengan screen komputer aku seolah-olah dia pandang aku...oh no!...aku jadi malu sendirian

dan ..aku boleh nampak segala bintik bintik hitam di wajahnya..tidak kurang juga dengan warna bola matanya .persoalannya kenapa?....kenapa mesti ambil gambar dekat dekat...takut kawan kau tak cam muka kau ek..mustahil!kau kan cantik...mesti la diorang tau itu kau


takpun kau rasa rugi kalau kau tak tunjuk muka kau di khalayak ramai...yela mana tau..sekiranya kau accident suatu hari nanti dan mengalami kecacatan yang teruk di wajah kau itu..orang lain takde la terus-terusan menghina wajah kau sebab diorang tahu yang kau pernah memiliki wajah yang cantik suatu masa dahulu.


tak begitu?

____________________________________________________


2)Bilemane aku membaca profile seseorang yang terlalu menggunakan shortform sehingga aku langsung tak boleh memahami satu harem pun apa yang hendak disampaikan.misalnya


"hei awx!awx tau x ckg sr bt krj ap sbb kt xrmbr la"

ataupun orang yang sengaja memanjangkan ayat yang pendek.misalnya

"hye awarx semua..sayer are-fique are-keem.sayer ting-gurl dewcard kay-ell"

ataupun orang yang suka mengakhiri perkataan mereka menggunakan huruf w.misalnya

"awx..itew tau awx mrh kat itew..awx jgn mrh cenggitu lg aw"

hei y'all...aku tak faham langsung apa yang korang tulis..kau kan normal jadi cubalah tulis sebagaimana orang normal yang lain menulis.kau tau tak yang korang telah membuatkan aku mengambil masa yang lama untuk menterjemah apa yang ditulis. haih~


__________________________________________________________

3)Bilemane aku terlihat perempuan yang bertudung tapi memakai baju berlengan pendek..ah,geniusnye kau!..apa motif kau pakai tudung?...untuk melindungi leher jinjang kau daripada terkena sinaran uv ke?

Read more...

izinkan aku menyembelih kamu..sekian!

Wednesday, November 17, 2010


Selamat Hari Raya Aidiladha
Jangan makan daging banyak banyak.takut kau darah tinggi




Read more...

bukan apa..takut kau menyesal

Monday, November 15, 2010



yeay..dah sampai rumah..seronoknya!

ah!aku sekarang sudah tidak reti  menulis. aku tak suka intro itu.aku cuba sekali lagi ok?

yeay...setelah berhempas pulas selama lebih kurang seminggu di asrama...akhirnya aku berjaya sampai di rumah tanpa apa apa kecedaraan mental..dan juga berjaya untuk tidak mengikut perasaan supaya pulang ke rumah lebih awal...oh mungkin dua hari lebih awal...tapi itu lebih bagus daripada seminggu lebih awal..kan fitchrah?

lupakan apa yang aku cakap..aku bukan nak cerita tentang itu sebenarnya.

alhamdulillah..telah terpilih untuk mengikuti usrah perdana di masjid negeri bersama 4 orang yang lain..asna,maisarah,nabilah nordin dan afifah murtadza.Walaupun dua hari je program dijalankan,tapi seriously..bi'ah islam tu memang terasa...nak buat ibadah bila bila masa pun tak jadi masalah la...seronok jumpa kawan-kawan yang baru walau pun aku tak bercakap langsung..bukan aku sombong..tapi aku memang tak reti nak start dulu kalau aku tak kenal orang tu..cukuplah dengan senyum walaupun senyum tu nampak macam tak ikhlas.T_T

Bila fikir balik pasal bi'ah tu bagai...teringat kat sekolah...sekarang benda tu tak dapat rasa sangatlah... bukan nak kata totally tak ada.....ye..aku mengaku bi'ah tu masih ada cuma makin kurang tak macam waktu aku form 1 dan form 2 dulu...sesetengah orang kononya nak jadi macam Addin dalam  hlovate tuh...langgar peraturan bagai tapi masih success.

wei...kau apahal..kau tak ada pendirian ke...macam manalah kau boleh terpengaruh dengan novel.Trend sekarang,.kalau kau baik orang kata kau bajet alim..kalau pengawas tu buat kerja,dia kena boikot...lek elleh..aku memang bukan pengawas tapi kawan kawan aku pengawas...aku memang bukan jenis yang ikut peraturan tapi sekurang-kurangnya aku tak kurang ajar okkey....

yelah..aku bukan apa..kau kan pegang title sekolah agama..nanti kalau kau keluar sekolah dengan perangai ntah apa apa tuh...nanti mesti orang kata.."eiiii..nama je sekolah agama"....malu woiii!..bukan kau sorang je sekolah agama..aku pun sama weyh...kerana nila setitik rosak susu sebelanga..kau kan pandai mestilah kau boleh fikirkan.

****************************************************

p/s-sekarang ni aku tengah fikir azam baru untuk tahun depan.kau rasa apa?

Read more...

Tidak waras bermakna gila

Sunday, November 7, 2010



selamat selamat selamat..selamat pulang ke rahmatullah.eh salah...selamat pulang ke asrama.

Read more...

apasal tak pilih aku je

Friday, November 5, 2010

Kenapa semua orang nak buat cerita hantu je...aku konfius betul la..apa lebihnya hantu daripada aku...apa kurangnya aku?haha....


**************************************************************
semalam aku tengok WIT...best kot.

cerita ni berkenaan dengan profesor english yang kena cancer.last sekali dia mati.Ending dia aku suka sebab selalunya cerita orang putih kalau ada orang sakit ke,nanti mesti dia sembuh semula.kononya diorang la paling hebat..siap boleh lawan takdir lagi tuh.

Read more...

selangkah menuju ke alam baligh

Wednesday, November 3, 2010


Perkenalkan.Muhammad Arif Luqman.Adik bongsu aku yang terpaksa masuk asrama ketika darjah empat.Kesian~Tapi takpe..untuk cari redha Allah bukan senang.

Sedang menghafaz Al-Quran tapi masih makan asam dan jajan bagai.apasal pelik sangat?..lantaklah..awak kan cepat hafal.


Happy Birthday,Man!
(Kalau ternampak muka budak ni kat mana mana jangan lupa tegur)

p/s-birthday awak 4 november(kan?)..alang saja wish awal

Read more...

entri tulus dari hati

Tuesday, November 2, 2010

What i learned from Chinta Chanduri ,Rasul Iman and Saadatul Saadiah.

Fasha Sanda/Chinta Chanduri - memainkan watak sebagai pelacur dengan sangat sempurna.Muka pun da sebijik macam pelawakcur .minuk arak,goda lelaki,mencarut macam kau dah expert!

Adi Putra/Rasul Iman - pergh!nama tak boley blah nak islamic lagi.Menunjukkan watak seseorang yang rapuh iman walaupun kau merupakan seorang peguam syari'e.kau ada isteri cantik tapi apasal kau teringat lagi kat sang pelacur itu.Kau belajar tak halal haram?

Faradhiya/Saadatul Saadiah - "kalau saada tak dapat berdakwah kepada 1000 orang,sorang pon cukuplah".itu antara dialog yang dipetik .weyh,poyo gitarla kau.mana ada orang yang baik sangat macam tu.(ade kot.mungkin aku tidak -__-") .berdakwah pada pelacur yang sedang cuba menggoda suami kau..kelakarlah~

conclusion

semua yang berlakon dalam cerita ni memang terserlah kehipokritan mereka untuk menjadi baik.saadatul saadiah-kau belajar kat mesir tapi tudung mengalahkan bonggol unta.Rasul Iman-kau peguam syari'e dan belajar agama tapi masuk rumah perempuan tak bawa mahram.Chinta Chanduri-kau konon-konon kata nak berhijrah tapi kau check in hotel dengan lelaki cina siang2 buta.kau buat apa hah?

walaupun aku caci memuji cerita ni tapi aku tengok jugak.siapa yang lebih annoying sekarang.


p/s-.apasal sekarang berita TV3 asyik nak hentam PAS je.BN pulak dijulang-julang.akhir kata,undi anda adalah rahsia .

                                                                                                                (30 markah)

Read more...

kau setaraf shakespeare dan aku bangga jadi kawan kau!


p/s :kau kena berterima kasih sebab aku dah sebarkan quote kau di seantero blogger.Oh,jangan lupa belanja  aku makanan ek Fitchrah!haha

Read more...

Cabaran untuk semua



Bila korang tengok gambar kat atas ni korang rasa ni iklan apa?

sape pernah tengok angkat kening.haha

ecece...muka nak serius je kan budak dua orang tuh.Setiap kali aku tengok iklan tu mesti aku gelak.Bila fikir balik, apa motifnya angkat kening untuk iklan coklat?

Takjub weyh tengok diorang boleh angkat kening laju-laju sambil buat muka serius.Kalah Ziana Zain.Dia boleh angkat sebelah kening je.budak dua orang ni dua2 belah.hah!





      p/s: siapa boleh buat macam iklan tu tuntut kat aku hadiah.hahaha

Read more...

lengkap sudah cuti penggal

Suatu malam yang hening...                                           [sang ibu:A     sang anak:B]



A : Anakku,mungkin kamu sudah sihat.Bolehlah kamu sapukan losyen itu ditubuhmu.

B  : Oh,ya ke ibu!...kalau begitu biar anakanda cuba!

Selang 2 minit 12 saat selepas itu....

B  : Ahhhhhhhhhhhhh....ibuku!

A  : Anakku.....mengapakah?

B  : Menci..menci..menci!....ibuku,luka ditubuhku ini masih belum sembuh lagi.Kalau begini  bagaimana anakanada mahu pulang ke sekolah halaman....

A  : Erk!......lah..sakitkah anakku?

B  :takdddddelah ibuku...seronok.T_T "

Maka dengan itu terpaksalah si anak menyambung cutinya lagi sehingga menjadi 2 minggu dan meningalkan peperiksaan 'pelajar manakah yang paling pintar' yang sedang berlangsung di sekolah

Dan dengan ini lengkap sudah cuti penggal.

haish~




Read more...

Entri tanpa guna

Sunday, October 31, 2010

soalan (i) 



Soalan ini buat 'kau' yang mengetahui..hahaha

Read more...

lepastu kan

Saturday, October 30, 2010


Uish! seronok kalau dapat tengok awan macam dekat atas tu..kalau aku...aku pasti batak!tp aku akan berusaha menjadi cool walaupun hati dah melonjak-lonjak ..tapi selalunya aku gagal untuk menjadi cool kerana aku akan menjerit dengan perlahan.,"Fuyyyyo,gempak giler awan tu kan!".... T_T  lupakan saja apa yang aku cakap...haha....seminggu dah tak pergi sekolah...oh2..jangan salah faham!..aku TIDAK ponteng...sekali lagi aku tegaskan...aku TIDAK ponteng...hmmm...rindu kat sekolah........oh maaf....otak aku agak bercelaru sekarang sampai mengeluarkan kata-kata yang berunsur dusta disebabkan kesakitan yang melanda.......

da sminggu jugakla tak jumpa kawan2......

tak jumpa

kawan-kawan.....


sape ade kawan angkat tangan.

ceh.tipulah kalau korang kata,"weyh..seriously aku tak ada kawan!!!!!"

Eh lupa pula,turunkanlah tangan tu.

Cakap pasal kawan....emmm...aku ade kawan...korang ada ke???...belagak pulak en...lantak la..ni blog aku ke blog kau??....hah.........aku ade raaaaamai kawan...tapi kalau ikotkan yang agak rapat adalah seperti berikot.......:
jooh,fitchrah,fairy,pippa,jannah,yusnida,madihah,mirayeay,....
yang selalu:

(i)beli nasi lemak teacher malam2
(ii)selalu balek rumah time sabtu dengan ahad
(iii)selalu gelak macam orang gila
(iv)selalu lepak waktu prep
(v)oh..selalu makan waktu sukan..bukan aku

dan macam2 lagi benda yang ntah ape2..tp syiok....sekurang-kurangnya keluar sekolah nanti ade memories btol x??...sebab nanti baru kita akan ingat..."oh..rupanye dulu aku ade kawan yang gila"...haha!



bersama agen nasi lemak..muakaka


hehe.....kelakar la pulak weyh~


------------------------------------------------------------------
THE END

Read more...
Allah knows best.It is just Allah's way to make my spirit strong
and change me to be a better person

MusicPlaylist

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP