Umur bukan satu halangan

Tuesday, November 30, 2010

Sekarang aku sudah ada hobi masa lapang.Mungkin ini lebih bermakna daripada menonton cerita lagenda indonesia pukol 3.30 ataupun cerita putera katak..ntah apa apa.


Game ni tak susah ye abang kakak.Abang kakak cuma perlu adopt monster tersebut.


Okkay abang kakak...ini adalah monster peliharaan aku.Nama dia Kim.
____________________________

p/s:Al-fatihah kepada tok nenek saudara aku yang telah meninggal dunia 6.45 pagi tadi.Semoga dia dijauhkan daripada azab kubur dan api neraka serta digolongkan dalam tempat tempat orang yang beriman.Amin

Read more...

Sila khabarkan kepada aku

Saturday, November 27, 2010

sesiapa sahaja yang kau rasakan dia sempurna.


oh..gambar di atas tak ade kena mengena .aku bukan nak bincangkan tentang itu..

************************************

Tak semua budak sekolah agama sudah perfect tentang ilmu agama dan tak semua budak sekolah kebangsaan cetek tentang ilmu agama.

Aku pelajar sekolah agama pun masih belajar tentang agama.Sebab tu aku pergi sekolah.Jangan fikir budak sekolah agama terlalu baik sehingga tak pernah melakukan dosa.Oh,itu tipu!..aku manusia biasa,aku buat dosa jugak.

Kalau aku sempurna sudah pasti muka aku cantik seperti Lisa Surihani dan suara lunak seperti Siti Nurhaliza.kan?

p/s:kadang kadang aku terfikir macam mana artis yang bajet cantik control ayu tu korek hidung ke,kentut ke..mesti lawak gila kan!

Read more...

Tahniah kepada diri sendiri

Thursday, November 25, 2010

kerana kau dah macam katak kena lenyek dengan kereta.bukan lagi bawah tempurung..


setelah dua minggu hidup tanpa matlamat kat rumah..bersenang lenang tanpa batasan..oh!baru tau banyak homework sebenarnya...
p/s:mungkin ini salah satu keburukan tiada facebook sebab tak ada sesiapa yang boleh ingatkan..betul ke?

Read more...

Dan pemenangnya jatuh kepada

Monday, November 22, 2010

3 orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.


Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.
Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,


“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuashati,


lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.


Dan dia berkata


“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.


Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum.


Dia menjawab


“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”


Perempuan itu adalah Lebanon.
Lelaki pertama ialah Israel.
Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

****************************************************

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه  و ذلك أضعف الإيمان

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". [Di riwayatkan oleh Imam Muslim]

Read more...

Tiket percuma untuk anda

sama ada mahu ke syurga atau neraka

siapa dekat sini nak masuk syurga angkat tangan!

sah sah lah semua angkat tangan ..yela siapa yang tak nak masuk syurga kan!..hatta orang kafir pun kalau ditanya mesti diorang akan jawab paradise..

tapi cuba kalau aku tanya siapa dekat sini yang memang betul betul lakukan perintah Allah dan tinggalkan apa yang dilarang.

konfem mesti tak semua yang berani angkat tangan...

fitrah manusia sejahat mana pun kau mesti kau tak nak diseksa kan..mesti kau nak ganjaran yang baik baik kan dan sebaik mana pun kau mesti kau pernah buat dosa sebab kau bukannya nabi yang bersifat maksum

cuba bayangkan yang korang dah cipta sebuah robot..sehebat hebat robot...tapi akhirnya robot tu khianati kau..buat jahat dekat kau..tak nak dengar cakap kau........korang nak ke buat baik dekat dia??

Samalah macam kita..Allah ciptakan kita sebaik baik kejadian tapi masih ada lagi yang syirik,buat apa yang dilarang,minum arak bagai...tapi Allah masih berikan kita nikmat..dia bagi dan langsung tak mengungkit..

tapi segelintir manusia tak sedar semua tu..yang diorang tahu enjoy sementara usia masih muda sebab bila dah masuk umur 40 nanti barulah bertaubat..tapi kalau kau mati sebelum 40 bila masa nak bertaubat?

meh aku tunjuk sebahagian daripada tanda2 kiamat

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

see..memang sudah terang lagi bersuluh..tak payah suluh suluh pun aku rasa korang boleh nampak sendiri kan...

[42]Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[43]Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[44]Serta naungan dari asap hitam,
[45]Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[46]Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[47]Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
*surah al-waqiah*
When we die, we leave behind us all we have and take with us all we are.

Read more...

entri tanpa tajuk

Saturday, November 20, 2010


sungguh aku rasa ia menjengkelkan

1) Bilemane aku bukak apa-apa sahaja laman sesawang yang membolehkan seseorang memuat turun gambarnya,kemudian aku nampak gambar orang tu betul-betul dekat dengan screen komputer aku seolah-olah dia pandang aku...oh no!...aku jadi malu sendirian

dan ..aku boleh nampak segala bintik bintik hitam di wajahnya..tidak kurang juga dengan warna bola matanya .persoalannya kenapa?....kenapa mesti ambil gambar dekat dekat...takut kawan kau tak cam muka kau ek..mustahil!kau kan cantik...mesti la diorang tau itu kau


takpun kau rasa rugi kalau kau tak tunjuk muka kau di khalayak ramai...yela mana tau..sekiranya kau accident suatu hari nanti dan mengalami kecacatan yang teruk di wajah kau itu..orang lain takde la terus-terusan menghina wajah kau sebab diorang tahu yang kau pernah memiliki wajah yang cantik suatu masa dahulu.


tak begitu?

____________________________________________________


2)Bilemane aku membaca profile seseorang yang terlalu menggunakan shortform sehingga aku langsung tak boleh memahami satu harem pun apa yang hendak disampaikan.misalnya


"hei awx!awx tau x ckg sr bt krj ap sbb kt xrmbr la"

ataupun orang yang sengaja memanjangkan ayat yang pendek.misalnya

"hye awarx semua..sayer are-fique are-keem.sayer ting-gurl dewcard kay-ell"

ataupun orang yang suka mengakhiri perkataan mereka menggunakan huruf w.misalnya

"awx..itew tau awx mrh kat itew..awx jgn mrh cenggitu lg aw"

hei y'all...aku tak faham langsung apa yang korang tulis..kau kan normal jadi cubalah tulis sebagaimana orang normal yang lain menulis.kau tau tak yang korang telah membuatkan aku mengambil masa yang lama untuk menterjemah apa yang ditulis. haih~


__________________________________________________________

3)Bilemane aku terlihat perempuan yang bertudung tapi memakai baju berlengan pendek..ah,geniusnye kau!..apa motif kau pakai tudung?...untuk melindungi leher jinjang kau daripada terkena sinaran uv ke?

Read more...

izinkan aku menyembelih kamu..sekian!

Wednesday, November 17, 2010


Selamat Hari Raya Aidiladha
Jangan makan daging banyak banyak.takut kau darah tinggi




Read more...

bukan apa..takut kau menyesal

Monday, November 15, 2010



yeay..dah sampai rumah..seronoknya!

ah!aku sekarang sudah tidak reti  menulis. aku tak suka intro itu.aku cuba sekali lagi ok?

yeay...setelah berhempas pulas selama lebih kurang seminggu di asrama...akhirnya aku berjaya sampai di rumah tanpa apa apa kecedaraan mental..dan juga berjaya untuk tidak mengikut perasaan supaya pulang ke rumah lebih awal...oh mungkin dua hari lebih awal...tapi itu lebih bagus daripada seminggu lebih awal..kan fitchrah?

lupakan apa yang aku cakap..aku bukan nak cerita tentang itu sebenarnya.

alhamdulillah..telah terpilih untuk mengikuti usrah perdana di masjid negeri bersama 4 orang yang lain..asna,maisarah,nabilah nordin dan afifah murtadza.Walaupun dua hari je program dijalankan,tapi seriously..bi'ah islam tu memang terasa...nak buat ibadah bila bila masa pun tak jadi masalah la...seronok jumpa kawan-kawan yang baru walau pun aku tak bercakap langsung..bukan aku sombong..tapi aku memang tak reti nak start dulu kalau aku tak kenal orang tu..cukuplah dengan senyum walaupun senyum tu nampak macam tak ikhlas.T_T

Bila fikir balik pasal bi'ah tu bagai...teringat kat sekolah...sekarang benda tu tak dapat rasa sangatlah... bukan nak kata totally tak ada.....ye..aku mengaku bi'ah tu masih ada cuma makin kurang tak macam waktu aku form 1 dan form 2 dulu...sesetengah orang kononya nak jadi macam Addin dalam  hlovate tuh...langgar peraturan bagai tapi masih success.

wei...kau apahal..kau tak ada pendirian ke...macam manalah kau boleh terpengaruh dengan novel.Trend sekarang,.kalau kau baik orang kata kau bajet alim..kalau pengawas tu buat kerja,dia kena boikot...lek elleh..aku memang bukan pengawas tapi kawan kawan aku pengawas...aku memang bukan jenis yang ikut peraturan tapi sekurang-kurangnya aku tak kurang ajar okkey....

yelah..aku bukan apa..kau kan pegang title sekolah agama..nanti kalau kau keluar sekolah dengan perangai ntah apa apa tuh...nanti mesti orang kata.."eiiii..nama je sekolah agama"....malu woiii!..bukan kau sorang je sekolah agama..aku pun sama weyh...kerana nila setitik rosak susu sebelanga..kau kan pandai mestilah kau boleh fikirkan.

****************************************************

p/s-sekarang ni aku tengah fikir azam baru untuk tahun depan.kau rasa apa?

Read more...

Tidak waras bermakna gila

Sunday, November 7, 2010



selamat selamat selamat..selamat pulang ke rahmatullah.eh salah...selamat pulang ke asrama.

Read more...

apasal tak pilih aku je

Friday, November 5, 2010

Kenapa semua orang nak buat cerita hantu je...aku konfius betul la..apa lebihnya hantu daripada aku...apa kurangnya aku?haha....


**************************************************************
semalam aku tengok WIT...best kot.

cerita ni berkenaan dengan profesor english yang kena cancer.last sekali dia mati.Ending dia aku suka sebab selalunya cerita orang putih kalau ada orang sakit ke,nanti mesti dia sembuh semula.kononya diorang la paling hebat..siap boleh lawan takdir lagi tuh.

Read more...

selangkah menuju ke alam baligh

Wednesday, November 3, 2010


Perkenalkan.Muhammad Arif Luqman.Adik bongsu aku yang terpaksa masuk asrama ketika darjah empat.Kesian~Tapi takpe..untuk cari redha Allah bukan senang.

Sedang menghafaz Al-Quran tapi masih makan asam dan jajan bagai.apasal pelik sangat?..lantaklah..awak kan cepat hafal.


Happy Birthday,Man!
(Kalau ternampak muka budak ni kat mana mana jangan lupa tegur)

p/s-birthday awak 4 november(kan?)..alang saja wish awal

Read more...

entri tulus dari hati

Tuesday, November 2, 2010

What i learned from Chinta Chanduri ,Rasul Iman and Saadatul Saadiah.

Fasha Sanda/Chinta Chanduri - memainkan watak sebagai pelacur dengan sangat sempurna.Muka pun da sebijik macam pelawakcur .minuk arak,goda lelaki,mencarut macam kau dah expert!

Adi Putra/Rasul Iman - pergh!nama tak boley blah nak islamic lagi.Menunjukkan watak seseorang yang rapuh iman walaupun kau merupakan seorang peguam syari'e.kau ada isteri cantik tapi apasal kau teringat lagi kat sang pelacur itu.Kau belajar tak halal haram?

Faradhiya/Saadatul Saadiah - "kalau saada tak dapat berdakwah kepada 1000 orang,sorang pon cukuplah".itu antara dialog yang dipetik .weyh,poyo gitarla kau.mana ada orang yang baik sangat macam tu.(ade kot.mungkin aku tidak -__-") .berdakwah pada pelacur yang sedang cuba menggoda suami kau..kelakarlah~

conclusion

semua yang berlakon dalam cerita ni memang terserlah kehipokritan mereka untuk menjadi baik.saadatul saadiah-kau belajar kat mesir tapi tudung mengalahkan bonggol unta.Rasul Iman-kau peguam syari'e dan belajar agama tapi masuk rumah perempuan tak bawa mahram.Chinta Chanduri-kau konon-konon kata nak berhijrah tapi kau check in hotel dengan lelaki cina siang2 buta.kau buat apa hah?

walaupun aku caci memuji cerita ni tapi aku tengok jugak.siapa yang lebih annoying sekarang.


p/s-.apasal sekarang berita TV3 asyik nak hentam PAS je.BN pulak dijulang-julang.akhir kata,undi anda adalah rahsia .

                                                                                                                (30 markah)

Read more...

kau setaraf shakespeare dan aku bangga jadi kawan kau!


p/s :kau kena berterima kasih sebab aku dah sebarkan quote kau di seantero blogger.Oh,jangan lupa belanja  aku makanan ek Fitchrah!haha

Read more...

Cabaran untuk semua



Bila korang tengok gambar kat atas ni korang rasa ni iklan apa?

sape pernah tengok angkat kening.haha

ecece...muka nak serius je kan budak dua orang tuh.Setiap kali aku tengok iklan tu mesti aku gelak.Bila fikir balik, apa motifnya angkat kening untuk iklan coklat?

Takjub weyh tengok diorang boleh angkat kening laju-laju sambil buat muka serius.Kalah Ziana Zain.Dia boleh angkat sebelah kening je.budak dua orang ni dua2 belah.hah!





      p/s: siapa boleh buat macam iklan tu tuntut kat aku hadiah.hahaha

Read more...

lengkap sudah cuti penggal

Suatu malam yang hening...                                           [sang ibu:A     sang anak:B]



A : Anakku,mungkin kamu sudah sihat.Bolehlah kamu sapukan losyen itu ditubuhmu.

B  : Oh,ya ke ibu!...kalau begitu biar anakanda cuba!

Selang 2 minit 12 saat selepas itu....

B  : Ahhhhhhhhhhhhh....ibuku!

A  : Anakku.....mengapakah?

B  : Menci..menci..menci!....ibuku,luka ditubuhku ini masih belum sembuh lagi.Kalau begini  bagaimana anakanada mahu pulang ke sekolah halaman....

A  : Erk!......lah..sakitkah anakku?

B  :takdddddelah ibuku...seronok.T_T "

Maka dengan itu terpaksalah si anak menyambung cutinya lagi sehingga menjadi 2 minggu dan meningalkan peperiksaan 'pelajar manakah yang paling pintar' yang sedang berlangsung di sekolah

Dan dengan ini lengkap sudah cuti penggal.

haish~




Read more...
Allah knows best.It is just Allah's way to make my spirit strong
and change me to be a better person

MusicPlaylist

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP