Tiket percuma untuk anda

Monday, November 22, 2010

sama ada mahu ke syurga atau neraka

siapa dekat sini nak masuk syurga angkat tangan!

sah sah lah semua angkat tangan ..yela siapa yang tak nak masuk syurga kan!..hatta orang kafir pun kalau ditanya mesti diorang akan jawab paradise..

tapi cuba kalau aku tanya siapa dekat sini yang memang betul betul lakukan perintah Allah dan tinggalkan apa yang dilarang.

konfem mesti tak semua yang berani angkat tangan...

fitrah manusia sejahat mana pun kau mesti kau tak nak diseksa kan..mesti kau nak ganjaran yang baik baik kan dan sebaik mana pun kau mesti kau pernah buat dosa sebab kau bukannya nabi yang bersifat maksum

cuba bayangkan yang korang dah cipta sebuah robot..sehebat hebat robot...tapi akhirnya robot tu khianati kau..buat jahat dekat kau..tak nak dengar cakap kau........korang nak ke buat baik dekat dia??

Samalah macam kita..Allah ciptakan kita sebaik baik kejadian tapi masih ada lagi yang syirik,buat apa yang dilarang,minum arak bagai...tapi Allah masih berikan kita nikmat..dia bagi dan langsung tak mengungkit..

tapi segelintir manusia tak sedar semua tu..yang diorang tahu enjoy sementara usia masih muda sebab bila dah masuk umur 40 nanti barulah bertaubat..tapi kalau kau mati sebelum 40 bila masa nak bertaubat?

meh aku tunjuk sebahagian daripada tanda2 kiamat

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

see..memang sudah terang lagi bersuluh..tak payah suluh suluh pun aku rasa korang boleh nampak sendiri kan...

[42]Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[43]Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[44]Serta naungan dari asap hitam,
[45]Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[46]Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[47]Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
*surah al-waqiah*
When we die, we leave behind us all we have and take with us all we are.

0 comments:

Post a Comment

anda semua pengkritik bebas ke?

Allah knows best.It is just Allah's way to make my spirit strong
and change me to be a better person

MusicPlaylist

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP