bukan apa..takut kau menyesal
Monday, November 15, 2010
yeay..dah sampai rumah..seronoknya!
ah!aku sekarang sudah tidak reti menulis. aku tak suka intro itu.aku cuba sekali lagi ok?
yeay...setelah berhempas pulas selama lebih kurang seminggu di asrama...akhirnya aku berjaya sampai di rumah tanpa apa apa kecedaraan mental..dan juga berjaya untuk tidak mengikut perasaan supaya pulang ke rumah lebih awal...oh mungkin dua hari lebih awal...tapi itu lebih bagus daripada seminggu lebih awal..kan fitchrah?
lupakan apa yang aku cakap..aku bukan nak cerita tentang itu sebenarnya.
alhamdulillah..telah terpilih untuk mengikuti usrah perdana di masjid negeri bersama 4 orang yang lain..asna,maisarah,nabilah nordin dan afifah murtadza.Walaupun dua hari je program dijalankan,tapi seriously..bi'ah islam tu memang terasa...nak buat ibadah bila bila masa pun tak jadi masalah la...seronok jumpa kawan-kawan yang baru walau pun aku tak bercakap langsung..bukan aku sombong..tapi aku memang tak reti nak start dulu kalau aku tak kenal orang tu..cukuplah dengan senyum walaupun senyum tu nampak macam tak ikhlas.T_T
Bila fikir balik pasal bi'ah tu bagai...teringat kat sekolah...sekarang benda tu tak dapat rasa sangatlah... bukan nak kata totally tak ada.....ye..aku mengaku bi'ah tu masih ada cuma makin kurang tak macam waktu aku form 1 dan form 2 dulu...sesetengah orang kononya nak jadi macam Addin dalam hlovate tuh...langgar peraturan bagai tapi masih success.
wei...kau apahal..kau tak ada pendirian ke...macam manalah kau boleh terpengaruh dengan novel.Trend sekarang,.kalau kau baik orang kata kau bajet alim..kalau pengawas tu buat kerja,dia kena boikot...lek elleh..aku memang bukan pengawas tapi kawan kawan aku pengawas...aku memang bukan jenis yang ikut peraturan tapi sekurang-kurangnya aku tak kurang ajar okkey....
yelah..aku bukan apa..kau kan pegang title sekolah agama..nanti kalau kau keluar sekolah dengan perangai ntah apa apa tuh...nanti mesti orang kata.."eiiii..nama je sekolah agama"....malu woiii!..bukan kau sorang je sekolah agama..aku pun sama weyh...kerana nila setitik rosak susu sebelanga..kau kan pandai mestilah kau boleh fikirkan.
****************************************************
p/s-sekarang ni aku tengah fikir azam baru untuk tahun depan.kau rasa apa?
0 comments:
Post a Comment