Mari aku jaga tepi kain kau
Thursday, December 9, 2010
Perlu ke tidak jaga tepi kain?
Aku bagi kau satu anologi
Kau ada sorang jiran perempuan dan kau tau yang dia tu anak tunggal.Suatu hari,jiran kau bawa sorang lelaki masuk rumah dia.
apa yang kau akan buat:
(a)buat tak tau.Taknak masuk campur sebab takut nanti jiran kau kata yang kau suka jaga tepi kain orang.
(b)bersangka baik.Mungkin lelaki tu abang jiran kau tapi perempuan tu tak nak bagitau kat kau yang dia ada abang sebab takut kau ngorat abang dia
Dekat sini kita dah boleh tengok betapa pentingnya jaga tepi kain tu.Kalau tak ada sesiapa yang nak jaga tepi kain orang,siapa yang akan cegah maksiat?siapa yang akan cegah kemungkaran?
Tapi sesetangah orang salah cara.Dia bukan setakat jaga tepi kain tapi masuk sekali dalam kain sampai nampak semua aib orang.Semua yang orang buat,semua dia nak sibuk.
إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran
p/s:sama jela konsep jaga tepi kain dengan ambil berat
0 comments:
Post a Comment