Who are we trying to fool

Wednesday, December 21, 2011

Assalamualaikum.


Sebelum saya meneruskan penulisan,saya nak kongsikan sedikit maksud bacaan ketika duduk antara dua sujud.
Saya pasti ramai di antara kita yang tak tahu pun selama ni apa maksud bacaan tu,lepas tu kita baca secara sambil lewa dengan tujuan untuk memenuhi syarat dalam solat.


Lagi ekstreme kalau dia tak sempat baca dia terus sujud.Apa tu ha?..Kalau siaran tv pun boleh hafal pukul berapa bagai,lepas tu tunggu kat depan tv pada masa,macam mana solat ketika mana kita nak berjumpa dengan pencipta kita, kita boleh buat dek je dengan mentaliti, "janji aku solat,orang kat luar tu ramai lagi yang tak solat ok!"


Jom,kita lihat apa yang kita baca selama ni antara duduk antara dua sujud


Ya Allah,
ampunilah daku,
rahmatilah daku,
kayakanlah aku,
angkatlah darjatku,
Berikanlah rezeki kepadaku,
Tunjukkan hidayah kepadaku,
Sihatkanlah daku,
dan
maafkanlah daku

ok ye'all..nampak tak selama ni kita memohon dan merayu kepada Allah pada semua bacaan dalam solat.Ini menunjukkan kita semua hanyalah manusia yang lemah.Tapi ada kita sedar,ada kita peduli?..macam tak kan?

Sekarang saya beri analoginya begini, cuba kita bayangkan bos kita nak jumpa kita.Menggeletar lutut kita nak menunjukkan kita takut "Giller" dengan dia. Sejauh manakah pula persediaan kita nak ketika nak bertemu dengan bos kita tu?.Kita akan gunakan ayat yang paling manis sekali kan!..Langsung tak ada cacat cela.

Tapi kita reflect balik kat solat kita..

Fikiran melayang!..masa tu lah nak terfikirkan segalanya lantas memberi effect kepada solat kita.Solat kita tak khusyuk.

Aik,siapa yang perlu kita takutkan sekarang..Allah ke bos kita?

Siapa yang beri rezeki kepada kita..Allah ke cikgu kita?

Siapa tuhan kita sekarang?Kepada siapa kita akan kembali?Siapa yang akan memberi pengampunan kepada kita?

KITA tak sedar kan!

Bila mak ayah panggil kita buat kerja,kelam kabut kau datang kepada mereka takut dimarahi,takut tak boleh keluar rumah,takut tak dapat duit.

Tapi bila azan berkumandang je, "lek la..zohor kan habis pukul 4.20..sekarang baru pukul 2.00...lama lagi tu der"
haha..Kalau kau mati pukul 3..lek la der,kan!...Kita sedang mempermainkan siapa sekarang ni?

Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada dalam dada mereka) daripada Allah. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. [11:4-5]


Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. [11:123]


Insaflah.Masih ada lagi masa untuk kita memperbaiki solat kita.Saya pun masih belajar.Kita sama-sama cuba untuk menjadi lebih baik.Sebenarnya,punca kita bersembahyang ekspress ini mungkin kerana kita tidak pernah faham maksud bacaan-bacaan di dalam sembahyang itu.Lantas,kita melakukan sembahyang itu bukan sebagai ibadat,tetapi sebagai rutin yang 'terpaksa' dilakukan.

Jagalah sembahyang kita.Kerana sepatutnya,sembahyang itu dapat melindungi kita dari melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.Dan sembahyang juga boleh menghapuskan dosa-dosa kita.Tetapi,lihatlah diri kita.Ini bermakna,ada something wrong dalam sembahyang kita.


"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. 

Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. [11:114-115]

Apa yang saya dapat simpulkan adalah kita ini bersembahyang laju,tidak khusyuk dan tidak faham apa yang kita baca itu!Jika tidak faham,bagaimana hendak khusyuk?Bagaimana hendak hayati?Dan yang terakhir,bagaimana sembahyang kita itu hendak sempurna?.Berubahlah kita semua sementara masih ada kesempatan.Kerana,hanya kepada Allah kita akan kembali.Jika sembahyang kita kepada-Nya kita tidak jaga elok-elok,anda fikir apakah nasib kita kelak?


p/s-Saya pun manusia biasa dan saya juga belajar untuk menjadi lebih baik


p/p/s-“Bingung memikirkan dunia akan menggelapkan hati, sedangkan bingung memikirkan nasib di akhirat akan menerangkan hati”(Sayyidina Uthman r.a.)


“So remember Me; I will remember you.”
Surah al-Baqarah (2:152) 

Post a Comment

anda semua pengkritik bebas ke?

Allah knows best.It is just Allah's way to make my spirit strong
and change me to be a better person

MusicPlaylist

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP