Kita dan Palestin

Friday, December 2, 2011

Setiap pagi kita bangun dalam keadaan aman,tiada ketakutan, tapi mereka di Palestin bangun dalam keadaan bersyukur kerana masih dihidupkan.

Setiap hari kita makan ayam, udang ,aiskrim, mereka di Palestin memikirkan bagaimanakah untuk mendapatkan air untuk diminum.

Setiap hari kita bimbangkan tentang duit,pelajaran dan sebagainya tetapi mereka di Palestin fikir apakah mereka akan hidup esok hari?

Itu pun kita masih merungut.

Mereka manusia,mereka muslim,kita manusia kita muslim

Apa bezanya kita dan mereka?

Fikir dan renung.Adakah kita sudah mendoakan mereka atau kita hanya doakan kejayaan diri sendiri?

Tepuk dada tanya iman


Read more...

Pahit tapi manis


"Jangan merungut kalau diri sendiri tak dapat markah yang excellent sebab 
punca  semua datangnya dari kita".

Tapi kadang-kadang rasa hairan juga macam mana budak yang solat tak
 jaga,cakap ntah apa2 boleh jadi top scorer..

Pernah tak korang terfikir macam tu?..kalau aku sendiri jawapannya ya!
..aku pernah terfikir dan bila fikir semula, kenapa Allah tak bagi balasan je kat 
orang macam tu,kenapa Allah tolong dia,kenapa orang kafir masih ada kat 
dunia,kenapa dan kenapa?

Jangan khuatir...Allah ada perancangannya yang tersendiri.Kita boleh 
mencari apa hikmahnya di sebalik semua ini tapi bukan mempersoalkan 
dan bukan juga menidakkan kejadian ini sebab kita hanya HAMBA.

Mungkin orang yang sentiasa diuji dengan kesenangan tersebut diberikan
 istidraj.

Hello...apa tu istidraj?

Istidraj itu ialah satu kalimah yang menunjukkah kepada seseorang yang 
sentiasa berterusan dilimpahi rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam 
kehidupan walaupun dia bukan hamba Allah yang taat, malah seorang pelaku 
maksiat tegar untuk menjadikan seseorang manusia itu lebih jauh daripadaNya.

Jadi kita patut beruntung kerana Allah masih sayangkan kita,sebab itu Allah 
uji kita.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup(kamu) untuk
menguji dan menzahirkan keadaan kamu : siapakah di antara kamu
yang lebih baik amalannya dan Dia maha kuasa(membalas amal kamu),
lagi maha pengampun(bagi orang-orang yang bertaubat)
-surah al-mulk ayat 2-

Be positive when you're tested by Allah.Think positive and act positively.
Kita pelu memohon kepada Allah tapi jangan sesekali mendesak Allah untuk memperkenankan setiap permohonan  kita kerana Allah mempunyai caranya 
yang tersendiri untuk mengurniakan sesuatu kepada hambanya
sama ada cepat atau lambat.

Dengan adanya ujian, kita akan menjadi lebih kuat untuk menghadapi dugaan 
hidup.Ujian juga sebagai penghapus dosa kita.Sepahit mana pun ujian,pasti ada keistimewaannya. Umpama kita terpaksa makan ubat yang pahit ketika sakit.
Walaupun kita tahu ubat tahu pahit,tapi kita masih telan ubat tu dengan
harapan kita akan cepat sembuh.Akhirnya kita sihat kembali kan?

Kita tidak boleh lari daripada ujian.Hadapi ia dengan sabar.Moga2 dengan ujian
 tersebut membuatkan kita semakin bertambah rasa kasih dan sayang 
terhadap Allah.InsyaAllah!

Read more...

yok!

Thursday, December 1, 2011

"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal." (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

Read more...

DaurahHafazan

Sunday, October 2, 2011

"Barang siapa menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga." (HR Muslim). 

Read more...

=)

Saturday, September 3, 2011


SPM is not everything.
It is not the end.
It is the beginning of a new journey."



A new journey.
Dan kita bukan lagi di awal jalan.
Moga telah jelas, penamat yang kita mahukan.





p/s: usaha sebaik mungkin,yang lain urusan Allah

Read more...

....

Tuesday, August 30, 2011


Read more...

ramadhan karim..

Monday, August 29, 2011

 Teringat apa yang dipesan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya,"Tuan bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikit tetapihatiku masih lalai?".Lalu imam yang arif dalam keajaiban hati itu berkata,"Teruskanlah berzikir walaupun hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia."

Taqabbalallahu minna wa min kum.

Kullu am wa antum bikhair..



SELAMAT HARI RAYA!

Read more...
Allah knows best.It is just Allah's way to make my spirit strong
and change me to be a better person

MusicPlaylist

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP