Umur bukan satu halangan

Tuesday, November 30, 2010

Sekarang aku sudah ada hobi masa lapang.Mungkin ini lebih bermakna daripada menonton cerita lagenda indonesia pukol 3.30 ataupun cerita putera katak..ntah apa apa.


Game ni tak susah ye abang kakak.Abang kakak cuma perlu adopt monster tersebut.


Okkay abang kakak...ini adalah monster peliharaan aku.Nama dia Kim.
____________________________

p/s:Al-fatihah kepada tok nenek saudara aku yang telah meninggal dunia 6.45 pagi tadi.Semoga dia dijauhkan daripada azab kubur dan api neraka serta digolongkan dalam tempat tempat orang yang beriman.Amin

Read more...

Sila khabarkan kepada aku

Saturday, November 27, 2010

sesiapa sahaja yang kau rasakan dia sempurna.


oh..gambar di atas tak ade kena mengena .aku bukan nak bincangkan tentang itu..

************************************

Tak semua budak sekolah agama sudah perfect tentang ilmu agama dan tak semua budak sekolah kebangsaan cetek tentang ilmu agama.

Aku pelajar sekolah agama pun masih belajar tentang agama.Sebab tu aku pergi sekolah.Jangan fikir budak sekolah agama terlalu baik sehingga tak pernah melakukan dosa.Oh,itu tipu!..aku manusia biasa,aku buat dosa jugak.

Kalau aku sempurna sudah pasti muka aku cantik seperti Lisa Surihani dan suara lunak seperti Siti Nurhaliza.kan?

p/s:kadang kadang aku terfikir macam mana artis yang bajet cantik control ayu tu korek hidung ke,kentut ke..mesti lawak gila kan!

Read more...

Tahniah kepada diri sendiri

Thursday, November 25, 2010

kerana kau dah macam katak kena lenyek dengan kereta.bukan lagi bawah tempurung..


setelah dua minggu hidup tanpa matlamat kat rumah..bersenang lenang tanpa batasan..oh!baru tau banyak homework sebenarnya...
p/s:mungkin ini salah satu keburukan tiada facebook sebab tak ada sesiapa yang boleh ingatkan..betul ke?

Read more...

Dan pemenangnya jatuh kepada

Monday, November 22, 2010

3 orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.


Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.
Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,


“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuashati,


lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.


Dan dia berkata


“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.


Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum.


Dia menjawab


“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”


Perempuan itu adalah Lebanon.
Lelaki pertama ialah Israel.
Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

****************************************************

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه  و ذلك أضعف الإيمان

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". [Di riwayatkan oleh Imam Muslim]

Read more...

Tiket percuma untuk anda

sama ada mahu ke syurga atau neraka

siapa dekat sini nak masuk syurga angkat tangan!

sah sah lah semua angkat tangan ..yela siapa yang tak nak masuk syurga kan!..hatta orang kafir pun kalau ditanya mesti diorang akan jawab paradise..

tapi cuba kalau aku tanya siapa dekat sini yang memang betul betul lakukan perintah Allah dan tinggalkan apa yang dilarang.

konfem mesti tak semua yang berani angkat tangan...

fitrah manusia sejahat mana pun kau mesti kau tak nak diseksa kan..mesti kau nak ganjaran yang baik baik kan dan sebaik mana pun kau mesti kau pernah buat dosa sebab kau bukannya nabi yang bersifat maksum

cuba bayangkan yang korang dah cipta sebuah robot..sehebat hebat robot...tapi akhirnya robot tu khianati kau..buat jahat dekat kau..tak nak dengar cakap kau........korang nak ke buat baik dekat dia??

Samalah macam kita..Allah ciptakan kita sebaik baik kejadian tapi masih ada lagi yang syirik,buat apa yang dilarang,minum arak bagai...tapi Allah masih berikan kita nikmat..dia bagi dan langsung tak mengungkit..

tapi segelintir manusia tak sedar semua tu..yang diorang tahu enjoy sementara usia masih muda sebab bila dah masuk umur 40 nanti barulah bertaubat..tapi kalau kau mati sebelum 40 bila masa nak bertaubat?

meh aku tunjuk sebahagian daripada tanda2 kiamat

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

see..memang sudah terang lagi bersuluh..tak payah suluh suluh pun aku rasa korang boleh nampak sendiri kan...

[42]Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[43]Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[44]Serta naungan dari asap hitam,
[45]Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[46]Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[47]Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
*surah al-waqiah*
When we die, we leave behind us all we have and take with us all we are.

Read more...

entri tanpa tajuk

Saturday, November 20, 2010


sungguh aku rasa ia menjengkelkan

1) Bilemane aku bukak apa-apa sahaja laman sesawang yang membolehkan seseorang memuat turun gambarnya,kemudian aku nampak gambar orang tu betul-betul dekat dengan screen komputer aku seolah-olah dia pandang aku...oh no!...aku jadi malu sendirian

dan ..aku boleh nampak segala bintik bintik hitam di wajahnya..tidak kurang juga dengan warna bola matanya .persoalannya kenapa?....kenapa mesti ambil gambar dekat dekat...takut kawan kau tak cam muka kau ek..mustahil!kau kan cantik...mesti la diorang tau itu kau


takpun kau rasa rugi kalau kau tak tunjuk muka kau di khalayak ramai...yela mana tau..sekiranya kau accident suatu hari nanti dan mengalami kecacatan yang teruk di wajah kau itu..orang lain takde la terus-terusan menghina wajah kau sebab diorang tahu yang kau pernah memiliki wajah yang cantik suatu masa dahulu.


tak begitu?

____________________________________________________


2)Bilemane aku membaca profile seseorang yang terlalu menggunakan shortform sehingga aku langsung tak boleh memahami satu harem pun apa yang hendak disampaikan.misalnya


"hei awx!awx tau x ckg sr bt krj ap sbb kt xrmbr la"

ataupun orang yang sengaja memanjangkan ayat yang pendek.misalnya

"hye awarx semua..sayer are-fique are-keem.sayer ting-gurl dewcard kay-ell"

ataupun orang yang suka mengakhiri perkataan mereka menggunakan huruf w.misalnya

"awx..itew tau awx mrh kat itew..awx jgn mrh cenggitu lg aw"

hei y'all...aku tak faham langsung apa yang korang tulis..kau kan normal jadi cubalah tulis sebagaimana orang normal yang lain menulis.kau tau tak yang korang telah membuatkan aku mengambil masa yang lama untuk menterjemah apa yang ditulis. haih~


__________________________________________________________

3)Bilemane aku terlihat perempuan yang bertudung tapi memakai baju berlengan pendek..ah,geniusnye kau!..apa motif kau pakai tudung?...untuk melindungi leher jinjang kau daripada terkena sinaran uv ke?

Read more...

izinkan aku menyembelih kamu..sekian!

Wednesday, November 17, 2010


Selamat Hari Raya Aidiladha
Jangan makan daging banyak banyak.takut kau darah tinggi




Read more...
Allah knows best.It is just Allah's way to make my spirit strong
and change me to be a better person

MusicPlaylist

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP