Teruja hei!

Monday, May 21, 2012



Tak sedar dah nak dekat puasa.
Seronok tuu.Ye' all seronok tak? haha

Moga Ramadhan ini menjadi medan untuk kumpul lebih baaaanyak pahala.

Read more...

Defensive.

Saturday, May 12, 2012

.
..
...
....
.....
assalamualaikum dan hai ye' all.

Bila ada orang memberi teguran dan kita terasa, maknanya kita memang salah la kan. Yelah,buat apa nak terasa kalau kita tak buat salah. Jadi,mengapa perlu marah? Teguran itu adalah untuk menjadikan kau lebih baik sebenarnya. Bersyukurlah kalau ada orang tegur sebab itu menunjukkan masih ada orang yang concern terhadap kita yang ingin menjadikan kita insan yang lebih baik. =)

Read more...

Dialog depan cermin.

Friday, May 11, 2012

Hidup ini bukan setakat belajar untuk mendapatkan sijil dan pekerjaan yang hebat2 supaya orang dapat cakap "wow,dia kerja __________.gaji banyak ribu tuuuuu.kelass cik jah oii! ". Hidup bukan simple macam itu tetapi ianya lebih daripada itu. Kita harus ingat, kita ada saudara muslim di luar sana yang langsung tiada apa-apa. Sedangkan kita, tak dapat sedikit sudah melenting,meraung.Kita terlalu sibuk dengan diri kita sampai langsung tak ingat kepada mereka.

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya"     (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sudah layakkah kita mengaku diri kita beriman jika kita hanya sibuk berfikir tentang diri kita?

Read more...

....

Sunday, April 1, 2012

Rasa bersalah.

bersalah yang amat.

kerana kadang2 lebih memikirkan pandangan manusia daripada pandangan Allah.

Takut hilang rasa redha dan syukur.Takut jadi manusia yang suka mengeluh.Baru diuji terus nak merintih.haih~

__________________________________

Moga iman sentiasa dithabatkan.

Read more...

Who are we trying to fool

Wednesday, December 21, 2011

Assalamualaikum.


Sebelum saya meneruskan penulisan,saya nak kongsikan sedikit maksud bacaan ketika duduk antara dua sujud.
Saya pasti ramai di antara kita yang tak tahu pun selama ni apa maksud bacaan tu,lepas tu kita baca secara sambil lewa dengan tujuan untuk memenuhi syarat dalam solat.


Lagi ekstreme kalau dia tak sempat baca dia terus sujud.Apa tu ha?..Kalau siaran tv pun boleh hafal pukul berapa bagai,lepas tu tunggu kat depan tv pada masa,macam mana solat ketika mana kita nak berjumpa dengan pencipta kita, kita boleh buat dek je dengan mentaliti, "janji aku solat,orang kat luar tu ramai lagi yang tak solat ok!"


Jom,kita lihat apa yang kita baca selama ni antara duduk antara dua sujud


Ya Allah,
ampunilah daku,
rahmatilah daku,
kayakanlah aku,
angkatlah darjatku,
Berikanlah rezeki kepadaku,
Tunjukkan hidayah kepadaku,
Sihatkanlah daku,
dan
maafkanlah daku

ok ye'all..nampak tak selama ni kita memohon dan merayu kepada Allah pada semua bacaan dalam solat.Ini menunjukkan kita semua hanyalah manusia yang lemah.Tapi ada kita sedar,ada kita peduli?..macam tak kan?

Sekarang saya beri analoginya begini, cuba kita bayangkan bos kita nak jumpa kita.Menggeletar lutut kita nak menunjukkan kita takut "Giller" dengan dia. Sejauh manakah pula persediaan kita nak ketika nak bertemu dengan bos kita tu?.Kita akan gunakan ayat yang paling manis sekali kan!..Langsung tak ada cacat cela.

Tapi kita reflect balik kat solat kita..

Fikiran melayang!..masa tu lah nak terfikirkan segalanya lantas memberi effect kepada solat kita.Solat kita tak khusyuk.

Aik,siapa yang perlu kita takutkan sekarang..Allah ke bos kita?

Siapa yang beri rezeki kepada kita..Allah ke cikgu kita?

Siapa tuhan kita sekarang?Kepada siapa kita akan kembali?Siapa yang akan memberi pengampunan kepada kita?

KITA tak sedar kan!

Bila mak ayah panggil kita buat kerja,kelam kabut kau datang kepada mereka takut dimarahi,takut tak boleh keluar rumah,takut tak dapat duit.

Tapi bila azan berkumandang je, "lek la..zohor kan habis pukul 4.20..sekarang baru pukul 2.00...lama lagi tu der"
haha..Kalau kau mati pukul 3..lek la der,kan!...Kita sedang mempermainkan siapa sekarang ni?

Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada dalam dada mereka) daripada Allah. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. [11:4-5]


Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. [11:123]


Insaflah.Masih ada lagi masa untuk kita memperbaiki solat kita.Saya pun masih belajar.Kita sama-sama cuba untuk menjadi lebih baik.Sebenarnya,punca kita bersembahyang ekspress ini mungkin kerana kita tidak pernah faham maksud bacaan-bacaan di dalam sembahyang itu.Lantas,kita melakukan sembahyang itu bukan sebagai ibadat,tetapi sebagai rutin yang 'terpaksa' dilakukan.

Jagalah sembahyang kita.Kerana sepatutnya,sembahyang itu dapat melindungi kita dari melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.Dan sembahyang juga boleh menghapuskan dosa-dosa kita.Tetapi,lihatlah diri kita.Ini bermakna,ada something wrong dalam sembahyang kita.


"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. 

Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. [11:114-115]

Apa yang saya dapat simpulkan adalah kita ini bersembahyang laju,tidak khusyuk dan tidak faham apa yang kita baca itu!Jika tidak faham,bagaimana hendak khusyuk?Bagaimana hendak hayati?Dan yang terakhir,bagaimana sembahyang kita itu hendak sempurna?.Berubahlah kita semua sementara masih ada kesempatan.Kerana,hanya kepada Allah kita akan kembali.Jika sembahyang kita kepada-Nya kita tidak jaga elok-elok,anda fikir apakah nasib kita kelak?


p/s-Saya pun manusia biasa dan saya juga belajar untuk menjadi lebih baik


p/p/s-“Bingung memikirkan dunia akan menggelapkan hati, sedangkan bingung memikirkan nasib di akhirat akan menerangkan hati”(Sayyidina Uthman r.a.)


“So remember Me; I will remember you.”
Surah al-Baqarah (2:152) 

Read more...

Khabar buat anda

Friday, December 9, 2011


كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya
-riwayat bukhari dan muslim-.


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 



p/s:apa je yang dah kita sumbang untuk islam?

Read more...

Biar bertempat la ye!

Thursday, December 8, 2011

Apa?


apa yang bertempat?


M.A.L.U

....................................................

Cuba kita renung sekejap

Realiti remaja zaman sekarang ni bila dia buat benda baik,dia akan rasa malu,,takut orang kata skema,nerd bagai...tapi bila buat benda lagho rasa hebat,hip,trendy.

Persoalaannya di sini...kalau semua orang fikir macam ni..macam mana dakwah tu akan berterusan..

"Dari Anas bin Malik r.a ,beliau berkata, kami bertanya "Ya Rasulullah,kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan(ilmu:sunnah / amal soleh) dan kami tidak akan mencegah (dakwah / amar makruf nahi munkar) kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran". Maka baginda Nabi s.a.w bersabda ,"tidak,
bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."
-hadis riwayat thabrani-

Jadi,sampaikanlah walau sepatah ayat kerana akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w telah bersabda "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang(asing) dan ia akan kermbali dalam keadaan asing.Maka beruntunglah orang-orang yang asing
-hadis riwayat muslim-

Jangan malu,jangan segan.Walaupun kita dipandang lekeh oleh manusia,tetapi Allah akan meninggikan darjat kita,InsyaAllah.

Peluang beramal telah dibentang di hadapan kita.

Dakwah itu kerja yang berterusan walau kita hanya belajar satu ayat.

Mari kita kejar pahala sebelum maut mengejar kita!


Read more...
Allah knows best.It is just Allah's way to make my spirit strong
and change me to be a better person

MusicPlaylist

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP